Imam 1 Masjid BTHO, Mohd Faisal Mohd Noor berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 1,000 penyertaan dalam kedua-dua kategori iaitu Fun Run sejauh tiga kilometer (km) manakala 10 km untuk kategori terbuka.

Menurutnya, acara larian bermula seawal jam 7 pagi itu menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM500 bagi 10 peserta kategori lelaki dan perempuan termasuk hamper.

“Yuran pendaftaran sebanyak RM35 (Fun Run) dan RM60 (Terbuka) dikenakan bagi setiap penyertaan dan peserta akan diberikan kit larian termasuk t-shirt rasmi program.

“Objektif utama penganjuran adalah bagi mengumpul dana bagi sebarang aktiviti masjid dan pembinaan sebuah dewan terbuka yang memerlukan peruntukan RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebarang maklumat dan urusan pendaftaran boleh menghubungi penganjur di talian 014 3383733 (Haizad Hassan) atau 012 971 4968 (Haiza Shahir).- UTUSAN ONLINE