Sumber Jabatan Perancangan DBKL berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan gagal mematuhi peraturan ditetapkan menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil tindakan di bawah Akta 133, Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Pengusaha premis melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), tapak premis kotor, aktiviti membancuh simen sehingga menyebabkan pencemaran habuk di kawasan sekitar dan jalan raya serta lori simen di tapak loji beroperasi tanpa permit DBKL.

“Daripada 11 premis yang diperiksa, hanya dua yang mematuhi peraturan ditetapkan. Notis dikeluarkan kepada lapan premis itu sehingga pengusaha mematuhi syarat kelulusan yang ditetapkan DBKL,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Operasi dijalankan selepas pihak berkuasa tempatan itu menerima banyak aduan daripada orang awam dan untuk memastikan pengusaha beroperasi mengikut peraturan ditetapkan. - UTUSAN ONLINE