Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, perubahan laluan tersebut adalah sebahagian daripada langkah pengurusan trafik bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) di kawasan berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta mematuhi arahan kawalan trafik bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE