MBPJ dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan jejantas lama dan baharu di kawasan berkenaan.

“Sehubungan itu, pengguna motosikal diminta mematuhi arahan berkenaan dan menggunakan Jalan Templer – Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sebagai laluan alternatif.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh menghubungi Bahagian Aset dan Infrastruktur, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221 atau Pengurus Projek Wealthtool Enterprise, Muhammad Azwan Alwee (012-7743776),” katanya. - UTUSAN ONLINE