ZAINAL FITRI AHMAD
ZAINAL FITRI AHMAD

Nasihat itu disuarakan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri, Zainal Fitri Ahmad sebagai salah satu cara berkesan mengurangkan masalah sampah di kawasan terbabit.

“Sebaiknya pengunjung yang naik ke kawasan itu membawa plastik dan mengutip sampah-sarap seperti botol dan tin untuk dibawa turun.

“Budaya ini perlu diterapkan dalam masyarakat apabila berkunjung ke semua kawasan rekreasi. Selain beriadah untuk kesihatan diri sebaik­nya kita sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya.

Zainal mengulas laporan Utusan Kota berhubung sikap segelintir pengunjung dan penduduk yang membuang sampah di beberapa lokasi di kaki berkenaan.

Masalah tersebut menyebabkan kawasan itu tercemar gara-gara timbunan sampah seperti kotak, plastik dan kertas yang dibuang di tepi laluan menghala ke atas bukit yang menjadi tum­puan peminat aktiviti riadah.

Dalam pada itu, Zainal Fitri menjelaskan, lokasi tersebut tidak berada di dalam kawasan perkhidmatan pembersihan SWCorp namun pihaknya prihatin dengan isu sampah di situ.

“Para pekerja yang melakukan pembersihan longkang setiap bulan di kawasan berdekatan akan melakukan kerja membersih sampah tersebut. Ini sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat kami terhadap masyarakat dan kelestarian alam sekitar,” katanya.