Program itu menerima sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan untuk itu Kumpulan Mpay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan Negaraku merujuk kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Pengasas KSP, Dr. Mohd. Zamri Noordin, melalui kerjasama secara eksklusif ini, pihak kelab merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan,rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital.

“Visi kami adalah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi.

“Kerjasama dengan Kumpulan Mpay seiring dengan visi kelab kami dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Tambah Dr. Zamri, ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan kerajaan, masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus.

“Ini juga membolehkan usaha bagi mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah dapat dijayakan dengan berkesan.

Sementara itu, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Datuk Chew Chee Seng berkata, program MPay NegaraKu, rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, membayar bil dan tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah.

“Ciri baharu ini juga akan membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Penghantaran siaran pesanan (broadcast messaging) juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain.

“Ini bermakna pengerahan bantuan perkongsian akan lebih cepat ketika kecemasan. Kad prabayar MasterCard yang bertemakan NegaraKu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam era digital baharu ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program MPay NegaraKu, sila layari laman web www.kadnegaraku.com.my - UTUSAN ONLINE