Pengarah projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), Datuk Amiruddin Ma’aris berkata, pemindahan itu perlu dilakukan agar tidak menghalang pembinaan terowong laluan SSP.

“Bagaimanapun, mereka telah ditempatkan di pangsapuri Teratai Residence di Setapak sementara menunggu kuarters baharu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan itu siap.

“Kawasan perumahan sementara dibiayai oleh  Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) dan mereka turut diberi bantuan seperti bas sekolah untuk anak-anak,” katanya dalam sidang akhbar di Kuarters Polis Sentul, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE