Hasil tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Desa Cheras di sini mendapati kontraktor hanya menampal turapan lama tanpa mengorek bahagian bawah menyebabkan strukturnya mudah merekah dan mengundang risiko kerosakan dalam masa singkat.

keadaan ini menyebabkan permukaan jalan sepanjang kira-kira 100 meter itu rosak teruk dan dipenuhi lubang. Jalan yang terletak bersempadan antara kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Kajang itu didakwa menjadi salah satu faktor jalan tersebut kurang diberi perhatian.