Alias ketika berucap dalam sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan warga kementerian tersebut yang telah banyak memberi kerjasama dan sokongan kepadanya sepanjang menerajui Kementerian Pendidikan sejak tiga tahun lalu.

“Paling menarik sepanjang saya berkhidmat sebagai penjawat awam ialah apabila saya memulakan perkhidmatan sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Kementerian Pendidikan pada 1984 dan akhirnya saya menamatkan perkhidmatan di kementerian ini.

“Lebih menarik ketika itu Menteri Pendidikan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, kini di akhir perkhidmatan saya Dr. Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri dan bagi jawatan Menteri Pendidikan pula katanya (mungkin disandang) oleh anak beliau,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE