Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan berkata, peruntukan membaiki bumbung yang sudah berusia 16 tahun itu disalurkan oleh kerajaan selepas mengambil kira kejadian ribut yang kerap berlaku di kawasan itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak KPKT di atas keprihatinan terhadap permasalahan yang ditanggung penduduk. Bantuan ini sudah pasti meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui semasa sesi lawatan di perumahan berkenaan di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, 10 unit rumah di tingkat paling atas mengalami kerosakan bumbung selepas dipukul ribut sehingga kediaman dimasuki air hujan. - UTUSAN ONLINE