Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, peruntukan disalurkan menerusi Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) yang diper­kenalkan bagi menyelenggara semua rumah pangsa di seluruh negara.

Katanya, masalah tersebut dilihat perlu dibantu kerana ia melibatkan isu keselamatan terutama penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya dimaklumkan berhubung masalah ini sejak beberapa bulan lalu dan perkara ini telah dibawa ke peringkat kementerian. Kini peruntukan sudah disediakan untuk membaik pulih struktur bumbung yang rosak.

“Ini merupakan inisiatif kerajaan pusat dalam membantu serta mem­bela rakyat yang memerlukan bantuan tanpa me­ngira latar belakang,” kata­nya di sini baru-baru ini.

Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih mendakwa, bumbung yang dipasang pada rumah berkenaan dilihat tidak berkualiti dan tidak tahan lama.

“Kami jangkakan kerja-kerja menambah baik bumbung ini akan dimulakan pada peng­hujung tahun ini kerana per­untukan kita sudah ada, cuma sekarang dalam proses melantik kontraktor.

“Saya harap, bantuan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk dan menerima baik bantuan yang diberikan ini,” katanya lagi.