Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin yang hadir mewakili Presiden KP1M,Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, KP1M cuba meringankan beban kesemua ibu bapa yang berpendapatan rendah dengan memberikan bantuan dari segi pakaian seragam, beg serta alat tulis kepada anak mereka.

“Sebanyak 73 parlimen dari seluruh negara berpeluang menerima manfaat tersebut dan pemilihan penerima bantuan ini tidak mengira bangsa, agama mahu pun parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Penyampaian Uniform Sekolah ‘Happy 2 School’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.