Konvoi itu dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara yang ke-60 tahun ini.

Konvoi kenderaan itu yang dipasang dengan Jalur Gemilang bergerak melalui beberapa plaza tol di daerah Seremban dan Port Dickson antaranya Plaza Tol Seremban, Plaza Tol Rasah (arah utara dan selatan), Plaza Tol Senawang dan Plaza Tol Lukut. - UTUSAN ONLINE