Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 singgah Parlimen Setiawangsa

DATUK AHMAD FAUZI ZAHARI menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka 3
DATUK AHMAD FAUZI ZAHARI menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 bersama sebahagian warga Parlimen Setiwangsa hari ini - UTUSAN ONLINE/AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 disambut meriah warga Parlimen Setiawangsa apabila selamat tiba pukul 3 petang di Keramat AU3 di sini hari ini.

Konvoi melibatkan 48 buah kenderaan terdiri daripada 30 buah motosikal berkuasa tinggi dan 18 buah pacuan empat roda yang disertai 107 peserta itu disambut oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Kembara yang masuk hari ke-14 itu bertujuan meniup semangat waja bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan kali ini dengan merentasi beberapa destinasi di ibu negara sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan laungan kata-kata patriotik.

Persinggahan konvoi untuk makan tengah hari itu turut diraikan dengan pelbagai acara antaranya penyerahan dan mengedar bendera, cabutan bertuah dan pakaian beragam Jalur Gemilang sebelum bergerak seterusnya ke Taman Sri Rampai. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain