Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd. Fazil Ismail berkata, pihaknya akan bertindak kepada aduan yang diterima daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berhubung kes berkenaan.

“Hasil daripada siasatan dilakukan, kami mendapati sebanyak 184,558 meter padu air telah dicuri yang dianggar melibatkan kerugian bernilai RM295, 000.

“Kontraktor ini akan disiasat di bawah peruntukan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Fazil berkata, dalam kejadian itu, kontraktor yang disyaki melakukan kesalahan menggunakan paip jenis High Density Polyethylene (HDPE) berukuran 32 milimeter (mm) untuk mengambil air daripada saluran paip utama Air Selangor secara tidak sah.

“Siasatan mendapati penyambungan haram dari paip utama itu telah disambung ke kolam tadahan di tapak pembinaan,’’ katanya.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad. - UTUSAN ONLINE