Karnival Jom Balas Bakti Komuniti (Jom BATIK) anjuran Kejiranan Seksyen 8 dan Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor pada Ahad ini. -

Program bertujuan menggalakkan aktiviti kesukarelawan serta memupuk nilai persahabatan dan keharmonian komuniti setempat itu akan berlangsung di Taman Kejiranan KD9 yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik bermula pukul 8 pagi.

Pengerusi Sekretariat Karnival Jom BATIK, Abdul Rahman Talib berkata, program tersebut akan turut membabitkan penubuhan Pustaka Mini Jom Baca yang bakal beroperasi di Rumah Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah KD9 menjelang awal tahun 2018.

“Warga Kota Damansara serta orang ramai dijemput hadir menyertai aktiviti riadah antaranya senamrobik, ‘buskers’, sukaneka serta mendapatkan khidmat percuma seperti pemeriksaan kesihatan dan urusan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE