Pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, usaha itu mampu menjadikan negara lebih dikenali, selain memperkukuhkan hubungan menerusi aspek budaya.

“Mereka kini hanya memberi fokus kepada hubungan perdagangan sahaja, sebaliknya hubu­ngan kebudayaan dilihat masih lagi tidak mencapai momentum yang begitu jelas.

“Sedangkan negara kita khususnya Kuala Lumpur berada di tengah-tengah dalam negara Asean dan mempunyai kelebihan berbanding negara-negara Asean lain,” katanya ketika menjadi panel dalam program Forum Pengkisahan Sejarah Kuala Lumpur anjuran Jabatan Muzium Negara di sini.

Kay Kim berkata, tempat-tempat sejarah yang ada di ibu negara perlu terus dipulihara dan dijaga bagi memastikan nilai sejarah tidak dimani­pulasi kelak.

“Peranan kerajaan yang bermula dari bangku sekolah lagi perlu dimantapkan dengan menggalakkan golongan muda meminati dan menjiwai setiap nilai sejarah yang ada.

“Sekiranya tidak, sudah pasti negara bakal kehilangan sejarah-sejarah yang menjadi panduan dan rujukan kita semua,” ujarnya.