Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, sebanyak 180 peserta dari Thailand, Filipina, Uzbekistan, Kazakhstan, Sri Lanka, Iran dan Indonesia memeriahkan festival tersebut.

“Saya berharap lebih banyak negara akan menyertai KL Genta pada masa akan datang. Program sebegini membolehkan masyarakat memahami dan menghayati nilai tradisional, fesyen, muzik dan budaya dari seluruh dunia melalui persembahan tarian dan gendang,” katanya ketika berucap dalam majlis makan malam KL Genta semalam.

Program yang dibuka secara percuma kepada umum itu bermula pada 8.30 malam pada Sabtu ini, selain para peserta KL Genta mula membuat persembahan di beberapa pusat beli-belah terpilih sekitar ibu negara sejak semalam hingga esok. - UTUSAN ONLINE