KUALAL UMPUR 28-OGOS-2017-Pengarusi Karnival Jualan Rakyat Syahrul Redzuan Said, Tinjauan Peniaga peniaga-peniaga di pasar uptown Cheras di Bandar Seri Permaisuri Cheras di sini hari ini. GAMBAR ZAINI HUSIN. BERITA FAUZI (KOTA)

Pengerusi KJR, Syahrul Redzuan Said berkata, pelbagai usaha dan cadangan sedang dipertimbangkan untuk dilaksanakan di karnival jualan tersebut khususnya pada musim-musim tertentu.

Menurutnya, meskipun baru setahun beroperasi, ia mula dikenali banyak pihak dan pendekatan untuk mencari kelainan itu dilihat mampu menarik lebih ramai pengunjung hadir ke tapak jualan itu.

“Antara usaha yang dirancang oleh pihak kami adalah dengan mempelbagaikan jenis jualan yang tidak ada di tempat-tempat lain seperti barangan original, barangan antik dan kepelbagaian jenis makanan.

“Selain itu, kami juga akan meningkatkan tahap perkhidmatan termasuk menyediakan kemudahan awam seperti surau, tandas, tempat makan, cabutan bertuah, karaoke dan skrin besar untuk tontonan umum khususnya pada musim perlawanan bola sepak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Penolong Pengerusi KJR, Azlan Jusoh berkata, KJR menyediakan sebanyak 264 petak jualan dengan kadar sewa sebanyak RM380 sebulan.

Tambahnya, seramai 240 penjaja bumiputera aktif menjalankan perniagaan masing-masing termasuk jualan pakaian, makanan, aksesori telefon, binatang peliharaan dan barangan sukan.

“Jumlah pengunjung juga mencecah sehingga 700 orang bagi hari biasa malah melebihi 1,000 orang bagi cuti hujung minggu dan cuti umum,” ujarnya lagi. - UTUSAN ONLINE