Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, arahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada premis di Jalan 2, 3, 4, 5 Off Jalan Chan Sow Lin itu dikeluarkan selepas kunjungan beliau bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan anggota penguat kuasa DBKL pada 1 September lalu.

“Pemantauan kami mendapati kebanyakan pengusaha kilang simen di kawasan itu tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan iaitu melakukan aktiviti pembancuhan simen secara tidak terkawal sehingga menyebabkan kawasan awam kotor dan tercemar.

“Kami mengarahkan mereka menghentikan operasi bermula hari ini dan membersihkan tapak mengikut garis panduan DBKL serta menunjukkan bukti sebelum dipertimbang untuk dibenarkan beroperasi semula,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Khalid, DBKL turut mengeluarkan surat amaran kepada semua pemilik kilang simen berkenaan. - UTUSAN ONLINE