Tidak lupa, inilah masa sesuai diadakan majlis berkhatan bagi kanak-kanak dan lebih meriah diadakan secara beramai-ramai.

Kemeriahan itu dapat dibuktikan dengan penyertaan seramai 133 kanak-kanak di sekitar Cheras terlibat dalam majlis berkhatan beramai-ramai di Pusat Rekreasi Cheras baru-baru ini.

Pelbagai ragam dapat dilihat apabila mereka cukup gembira dimandikan dengan hos bomba, selain berdebar menanti giliran untuk dikhatankan. - UTUSAN ONLINE