Inisiatif yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi perbelanjaan bajet sekitar RM7 juta itu memberi manfaat kepada warga kota khususnya penduduk setempat.

Selain kemudahan beriadah, laluan pejalan kaki dan tempat letak kenderaan yang luas, taman ini turut menyediakan kolam renang untuk kanak-kanak secara percuma.

Salah seorang pengunjung, Faridah Rashid, 26, berkata, taman tersebut sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

“Meskipun tidak begitu popular seperti ttaman awam lain, tetapi kemudahannya berada pada kelas tersendiri untuk dikunjungi orang awam,” katanya. - UTUSAN ONLINE