Bagaimanapun, terdapat kelainan yang berjaya dilakukan hasil daripada kerjasama dua pihak apabila mereka menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan piza yang boleh menarik perhatian orang ramai.

Dua pihak terlibat itu adalah Anchor Food Professionals dan Movida Kitchen + Terrace (Movida) yang mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum dapat menghasilkan piza yang unik untuk tatapan serta santapan pelanggan mereka.

Terdapat lima jenis piza yang boleh dibeli pelanggan iaitu Flower Pizzas, Pizza Bombs, Adjaruli Khachapuri, Mini Muffin Pizzas dan Pot Pie Pizzas.

Makanan berkenaan boleh didapati di 24 kedai makanan yang terlibat di kawasan Semenanjung dan Timur Malaysia, terutama Movida di Melaka dan Johor dari Mei hingga pertengahan November tahun ini.

Resepi bagi menyediakan piza itu juga merupakan adalah intipati daripada kempen ‘Pizza Art’ yang cuba menunjukkan kepada orang ramai tentang rekaan piza yang lain daripada lain.

Penggunaan mentega dan keju daripada produk Anchor Food Professionals juga sudah pasti memberikan kelainan terhadap penyediaan piza berkenaan.

Menurut Pengurus Jualan Serantau Fonterra Brands Malaysia, Chua Chern Shian, pihaknya mendapati ramai masyarakat di negara ini berminat dengan piza.

“Dengan kesibukan kerja yang dihadapi oleh masyarakat, mereka didapati lebih gemar untuk membeli makanan yang mudah disediakan atau makan di restoran.

“Daripada situ kami mula terfikir untuk menyediakan makanan yang dapat menarik perhatian orang ramai untuk membelinya dan setakat ini, lima jenis piza itu dihasilkan kerana bertepatan dengan cita rasa masyarakat negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kesemua piza berkenaan boleh didapati dengan harga serendah RM15.80 mengikut kuantiti serta saiz yang diminta oleh pelanggan. - UTUSAN ONLINE