Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pemergian Allahyarham yang merupakan Pengerusi Tetap Wanita UMNO merupakan kehilangan besar kepada negara.

Menurutnya, sebagai antara tokoh politik yang tegas memperjuangkan nasib dan memartabatkan golongan wanita di negara ini pada era 1990-an, kehilangan Napsiah pastinya amat dirasai oleh segenap lapisan rakyat.

“Saya mewakili Pergerakan Puteri UMNO melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham yang pergi buat selama-lamanya petang ini.

“Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara sebagai antara tokoh politik wanita yang telah banyak berjasa dan Allahyarham juga pernah diangkat sebagai Tokoh Melayu Terbilang sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 pada Mei tahun lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Puteri UMNO dan seluruh ahlinya merasakan satu kehilangan yang besar dan semangat juang kental yang melatari seluruh perjalanan politik Napsiah, tersemat kukuh sebagai panduan bagi perjuangan pergerakan itu. - UTUSAN ONLINE