Tan Chee Teong
Tan Chee Teong

Beliau mendakwa wakil rakyat di kerajaan Pakatan Harapan hari ini leka menjalankan tanggungjawab dan tidak serius membela rakyat.

“Berdasarkan laporan akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang berlaku di Selangor yang mempunyai 51 anggota DUN, hanya lima pembangkang yang menyaksikan penurunan jumlah soalan dikemukakan untuk persidangan DUN daripada lebih 700 soalan sebelum ini kepada hanya 420 soalan sahaja.

“Jadi kami akan memastikan amalan ‘semak dan imbang’ dapat dipraktikkan seterusnya mengelak kerajaan daripada mengambil keputusan sambil lewa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tegas beliau, alasan yang diberikan disebabkan ramai wakil rakyat masih baharu dan tidak mengetahui prosedur yang betul dan terlepas tempoh serah soalan mereka adalah tidak boleh diterima. UTUSAN ONLINE