Menterinya, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sehingga Ogos lalu sebanyak 67,893 unit atau 85 peratus mencapai sasaran.

Beliau berkata, pencapaian tersebut merangkumi projek di­bawah kategori siap, dalam pembinaan dan kelulusan perintah pembangunan.

“Kementerian dan agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta pemaju sentiasa berusaha mencapai sasaran untuk membina rumah mampu milik seperti yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, perkara pa-ling penting adalah memastikan semua rakyat yang berkelayakan memilikinya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Topping Off Residensi Skyawani, Taman Batu Muda Tambahan, di sini.

Tambah Tengku Adnan, pembinaan Residensi Skyawani di bawah program Rumawip yang dijangka siap pada akhir 2018 itu, kini mencapai tahap siap struktur utama.

Katanya, pihak pemaju SkyWorld yang bekerjasama dengan kementerian dalam menjayakan projek Rumawip ini mempunyai rekod cemerlang dengan me­nerima 16 kali anugerah berprestij dalam bidang pembinaan.

“Saya yakin dan percaya pemaju mempunyai keupayaan untuk menyiapkan projek ini dan meyerahkan kunci kepada pembeli lebih awal daripada apa yang dirancang.

“Saya difahamkan kesemua unit kediaman berjumlah 1,226 unit habis dijual sepenuhnya sejak dilancarkan 15 Jun 2015,” katanya.