Najib berkata, kerajaan juga sentiasa memantau situasi banjir di negeri berkenaan.

“Saya ambil maklum keadaan banjir di Sarawak, kerajaan akan pantau dan pastikan bantuan sampai kepada mangsa.

“Semoga semua tabah dan mengikuti panduan pihak berkuasa,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,859 orang merangkumi 1,463 keluarga setakat pukul 8 malam ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata keadaan banjir yang semakin memburuk itu menyaksikan penambahan 257 mangsa berbanding 4,602 orang yang dicatatkan petang tadi.