Ketua Bahagian Penilaian Kadaran dan Pesuruhjaya Bangunan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kamarulzaman Mat Salleh berkata, Hari Wilayah Persekutuan akan disambut pada 1 Februari ini dan pelbagai acara akan dianjurkan di sekitar ibu kota.

“Warga kota diharap dapat mengibarkan bendera di kediaman atau premis tempat kerja bagi menyemarakkan sambutan ini.

“Kerjasama daripada semua pihak sangat dihargai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE