Presiden LIAM, Toi See Jong berkata, program tahunan itu bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat selain menggalakkan orang ramai menderma darah bagi membantu golongan memerlukan.

“Selain derma darah, orang ramai jua boleh mengikuti pelbagai aktiviti lain antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, ujian indeks jisim badan (BMI), ceramah kesihatan dan klinik berhenti merokok,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program berkenaan di sini hari ini.

Menurutnya, program yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang itu dianjurkan menerusi kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). - UTUSAN ONLINE