Karnival itu akan berlangsung serentak di empat lokasi iaitu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya; Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM); Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang dan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengarah program, Saiful Islam Mohamad Naser berkata, program akan menampilkan pendakwah selebriti iaitu Imam Muda Asyraf, Imam Muda Syed Faris, Ustaz Safuan Pamidi dan Ustaz Sahib Pamidi.

“Sepanjang kem tersebut, ibu bapa akan didedahkan dengan terapi rukyah untuk anak-anak yang degil atau malas dan air penawar bagi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yuran penyertaan bagi kem tersebut ditetapkan pada harga berpatutan iaitu RM199 untuk dua minggu dan RM250 untuk tiga minggu dan bagi mereka yang berminat boleh menghubungi Saiful Islam di talian 016-260 0098. - UTUSAN ONLINE