Pengerusi Barisan Nasional Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bantuan secara tahunan itu disumbangkan pelbagai agensi antaranya Agro Bank, Indah Water Konsortium (IWK) dan Yayasan Bank Rakyat.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu mengurangkan beban ditanggung ibu-bapa mereka yang terdiri daripada golongan memerlukan.

“Saya harap ia menjadi semangat baharu kepada anak-anak untuk memulakan persekolahan,” katanya ketika berucap merasmikan program Kembali Ke Sekolah di sini, semalam.

Program anjuran Persatuan Belia Seri Cempaka (PBSC) itu turut menyaksikan bantuan baucar pembelian barangan persekolahan dan pembukaan akaun simpanan Bank Rakyat untuk pelajar berkenaan. - UTUSAN ONLINE