VIRC dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, ia merupakan kejohanan ragbi peringkat sekolah pertama yang disahkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) pada tahun ini.

Katanya, acara itu bertujuan menyokong pembangunan ragbi dalam kalangan pelajar selain menggalakkan sukan itu sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.

“Kejohanan ini menjanjikan cabaran yang lebih hebat berbanding sebelumnya kerana semua pasukan dijangka mempertaruhkan barisan terbaik mereka sebagai persiapan untuk kejohanan yang lebih besar di peringkat negeri kelak.

“Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Bendahari Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid,” katanya. - UTUSAN ONLINE