Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

Berikutan itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, Kerajaan Persekutuan tidak dapat memberi bantuan termasuk pinjaman sekiranya diperlukan dalam usaha menyelesaikan krisis tersebut.

“Proses itu selalunya melibatkan kerajaan negeri dan pihak yang mahu membeli aset air. Kerajaan Persekutuan hanya bertindak sebagai pemudah cara. Kita sedia memberi pinjaman jika diperlukan. Anda hanya perlu membuat tawaran harga kepada Splash mengikut harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan saya akan duduk bersama mewakili Kerajaan Persekutuan membantu dari segi pinjaman.

“Sekiranya anda tidak melakukan tawaran harga, peranan Kerajaan Persekutuan pun tidak ada. Sudah banyak kali perjanjian ini ditangguhkan hanya kerana Menteri Besar Selangor takut akan bayang-bayang Yang Berhormat Bandar Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) berhubung krisis air Selangor dalam sesi soal jawab pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE.