Orang ramai berpusu-pusu keluar sebaik sahaja pihak pengurusan pusat beli belah itu membuat pengumuman berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 7.15 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.10 malam sebelum 24 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hang Tuah dan Seputeh tiba ke lokasi beberapa minit kemudian.

“Kebakaran berlaku di aras bawah pusat membeli belah di kedai serbaneka berkenaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Operasi pusat membeli belah beroperasi seperti biasa kira-kira pukul 8 malam tadi,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE