Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kecoh lembu korban ‘mengamuk’

PETUGAS ibadah korban dan orang ramai melihat aksi seekor lembu
PETUGAS ibadah korban dan orang ramai melihat aksi seekor lembu korban yang tiba-tiba melompat untuk melepaskan diri dalam program korban Parlimen Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Suasana di kawasan la­pang Pangsapuri Raya Permai, Sungai Besi di sini bertukar kecoh seketika apabila seekor daripada 26 ekor lembu yang ditambat untuk tujuan korban di Parlimen Bandar Tun Razak di sini `terlepas’.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan orang ramai khususnya kanak-kanak terkejut dan panik.

Bagaimanapun, lembu yang turut ‘panik’ itu berjaya ditangkap semula beberapa minit kemudian selepas berjaya ‘dipujuk’ petugas ibadah korban.

Program anjuran UMNO Bahagian parlimen itu melibatkan kira-kira 500 umat Islam di pangsapuri berkenaan bermula kira-kira pukul 8.30 pagi.

Menurut Ketua Bahagiannya, Datuk Rizalman Mokhtar, pada tahun ini pihaknya bersama-sama penduduk mengadakan ibadah korban serentak secara bergotong-royong.

Menurutnya, sebanyak 25 kumpulan Pusat Daerah Mengundi (PDM) melaksanakan tugas me­nyembelih dan mengagihkan daging korban di kawasan PDM masing-masing.

“Setiap tahun, UMNO Bahagian turut me­n­yerahkan sumbangan lembu kepada masjid dan surau terpilih,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam program berkenaan di sini.

Dalam masa sama, Rizalman turut melahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada semua petugas terlibat yang menjayakan program tersebut.

“Inilah semangat yang perlu kita teruskan sampai bila-bila dan tanpa mereka program ini sukar dijayakan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain