Kawasan penempatan dengan kepadatan tinggi seperti di Bandar Sri Permaisuri sudah tentu mendapat perhatian ramai, terutama jika timbul masalah yang menjejaskan pemandangan.

Apartmen Cemara sebagai contoh, antara yang diuruskan dengan baik oleh pihak pengurusan agar sentiasa bersih demi keselesaan penduduk dan juga pengunjung,

Kehadiran pekerja pembersihan memotong rumput secara berkala, sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pihak pengurusan perumahan mengabaikan tanggungjawab terhadap penghuni. - UTUSAN ONLINE