Pengetua sekolah itu, Asmadi Adnan berkata, program itu bertujuan bagi mengutip sumbangan dana pembinaan kompleks baharu sekolah tersebut.

“Kayuhan basikal sepanjang sembilan kilometer itu akan bermula pukul 7.30 pagi sehingga 5 petang di Tesco Semenyih pada hari tersebut.

“Pendaftaran kayuhan amal ini dibuka kepada orang ramai sejak 15 November lalu secara dalam talian atau menghubungi pihak penganjur.

“Mereka yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman web di http://bit.ly/kayuhanAmalStayAlkitab atau menghubungi talian 019-3818162 atau 019-2176300,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.- UTUSAN ONLINE