Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, usaha tersebut perlu dilakukan memandangkan ia berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke bandar raya ini.

“Apabila persekitaran kawasan yang teruk itu dipulihkan dengan menanam pokok dan menambah pelbagai kemudahan seperti meja dan kerusi, ia pasti menjadi tarikan lebih ramai pengunjung.

“Elemen ceria dan segar yang diterapkan seiring dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur lebih berdaya maju sekali gus menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing, “ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) Perkampungan Bandar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE