Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata, penutupan itu dibuat atas arahan Perbadanan Stadium Malaysia bagi memberi laluan kepada kerja persiapan akhir dan penganjuran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal bermula pertengahan bulan ini.

“Kawasan yang terlibat adalah padang letak kereta A, B, C, D, E dan F. Perbadanan Stadium Malaysia mencadangkan kawasan parkir alternatif di Taman Sukan Xtreem Nasional yang terletak di belakang Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) juga boleh meletakkan kenderaan mereka di fasiliti letak dan gerak (park n ride) di stesen LRT lain berdekatan terutama di stesen LRT Awan Besar dan Kompleks Parkir Bertingkat di stesen LRT Bandar Tasik Selatan. - UTUSAN ONLINE