Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan berkata, kemudahan itu dapat menampung permintaan pelanggan yang tinggal di utara Kuala Lumpur khususnya pelajar dari Kolej Tuanku Abdul Rahman dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

“Stesen LRT Sri Rampai adalah pusat penukaran kad konsesi keempat yang dibuka, selain stesen LRT Awan Besar bagi laluan Sri Petaling dan stesen LRT Subang Jaya bagi laluan Kelana Jaya yang beroperasi sejak 21 Jun 2017.

“Penambahan pusat penukaran ini adalah sebagai daripada inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di Hab Bas Pasar Seni,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, pusat penukaran kad konsesi berkenaan beroperasi setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam sehingga 15 Julai ini. - UTUSAN ONLINE