Pengerusi Jawatankuasa Induk karnival itu, Shaiful Fazlee Mohamad berkata, antaranya adalah pertandingan mewarna, forum agama, gerai jualan produk kecantikan dan kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan acara larian sejauh tiga kilometer.

“Majlis perasmian program itu akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron manakala acara penutup dirasmikan oleh Pengerusi UTC Melaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam.

“Pada Sabtu, larian [email protected] Run 2018 sejauh tiga kilometer akan diadakan di sekitar Sungai Melaka pada pukul 8.30 pagi sebelum majlis perasmian pada pukul 10 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shaiful Fazlee, pelbagai kegiatan membabitkan penyertaan orang ramai turut diadakan bermula pukul 8 pagi sehingga 10 malam termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi ujian tekanan darah dan gula bagi pesakit diabetes.

Turut diadakan katanya, adalah demonstrasi masakan kesihatan yang akan dikendalikan Cef Warisan Negara, Yang Jamil. - UTUSAN ONLINE