POSTER Karnival Lenggeng Sejahtera

Program anjuran Pertubuhan Pembangunan dan Konsultasi Bandar Tasik Senangin (BISDEC) dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng itu menampilkan selebriti tanah air bagi mempromosikan produk usahawan secara percuma.

Pegawai Promosi dan Pemasaran Karnival Lenggeng Sejahtera 2019, Buhairi Ramli berkata, acara yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 malam itu bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Program turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya pameran dan jualan kereta, sukaneka, pertunjukan motosikal lasak, pertandingan mewarna, futsal, memanah dan nasyid.

“Diharapkan karnival ini dapat membantu selebriti dalam mengembangkan pasaran produk mereka terutama di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Buhairi mengesyorkan kepada mana-mana selebriti yang berminat mengambil bahagian dalam program itu, boleh menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp di talian 018 289 3436. - UTUSAN ONLINE