Karnival selama dua hari yang akan bermula esok itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pameran agensi, jualan produk menarik, motivasi keusahawan dan sebagainya.

Disamping itu, pengunjung juga dapat menambah ilmu pengetahuan melalui seminar yang akan disampaikan oleh penceramah yang mahir dalam bidang masing-masing.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail. - UTUSAN ONLINE