Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, program selama dua hari bermula hari ini dianjurkan buat julung kalinya oleh Barisan Nasional Subang bersempena sambutan Hari Malaysia 2017.

Katanya, seramai 5,000 masyarakat berbilang kaum berkunjung ke program berkenaan yang bertujuan menyatupadukan seluruh masyarakat selain menerapkan elemen kecintaan kepada negara.

“Selain itu, program ini juga diharap dapat mengenang jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mewujudkan sebuah negara merdeka, aman dan makmur,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut hari ini. - UTUSAN ONLINE