Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Dahlan memberitahu, pihaknya akan berbincang dengan Kemente-rian Wilayah Persekutuan untuk mewartakan kawasan tersebut agar lebih terjaga pada masa akan datang.

Beliau berkata, pada ma­sa ini hanya lapan kampung tradisi yang masih mengekalkan identiti

NOR HISHAM AHMAD DAHLAN
NOR HISHAM AHMAD DAHLAN 

antara­nya Kampung Chubadak, Kampung Puah serta Kampung Sungai Penchala.

“Kita sayangkan kampung tradisi dan akan berusaha untuk memastikan setiap pembangunan sekitarnya tidak menjejaskan penempatan kampung tradisio­nal.

“Pembangunan dari segi susun atur infrastruktur dan pelbagai kemudahan asas tetap diberi keutamaan,” katanya dalam wawancara sempena 100 hari menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini.

Sementara itu, Nor Hisham berkata, pelan pembangunan Kuala Lumpur 2040 akan memberi perhatian kepada pemeliha­raan kawasan hijau dan meminimumkan pembangunan pencakar langit di sekitar ibu kota.

“Hari ini kira-kira 50 peratus daripada keluasan bandar raya terlalu pesat dengan pembangunan, contohnya di kawasan Bukit Bintang.

“Kalau boleh kita tidak mahu terlalu banyak bangunan tinggi.

“Keseimbangan pemba­ngu­nan dan alam sekitar perlu diutamakan,” ujar-nya.