Timbalan Pengarah Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, kadar itu dikenakan selama satu jam antara pukul 7 pagi hingga 7 petang, Isnin hingga Jumaat.

Menurutnya, kadar sehari pula adalah RM8 dan selepas 7 petang sebanyak RM2, bagi sekali masuk.

“Pada Sabtu, Ahad dan cuti umum, bayaran RM2 dikenakan. Selain itu, bagi petak khas caj RM318 sebulan akan dikenakan, pas bulanan biasa RM159 serta pas pelajar RM127,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia.

Kemudahan setinggi empat tingkat dengan menempatkan sebanyak 630 unit parkir yang terdiri daripada 605 unit parkir di dalam bangunan dan 25 unit parkir di luar bangunan dirasmikan sepenuhnya pada 20 Julai lalu. - UTUSAN ONLINE