Pengurus Besarnya, Nordin Othman berkata, kad tersebut berperanan mengumpul data maklumat warga asing yang boleh dijadikan rujukan sekali gus membantu pihak kerajaan membuat pemantauan.

“Melalui kad tersebut pihak berkuasa dapat mengenal pasti maklumat diri pemilik seperti nama, asal serta statusnya di negara ini.

“Kami akan berada di sini selama dua minggu dan meletakkan sasaran lebih 2,000 warga asing akan berdaftar dengan kami memandangkan kad itu juga memberi banyak kemudahan kepada mereka dan keluarga,” katanya kepada pemberita. - UTUSAN ONLINE