Pengarah JPJ KL, Ismail Mohd. Zawawi berkata, program yang melibatkan 35 pelajar itu merupakan platform terbaik bagi membolehkan golongan mahasiswa menjalankan aktiviti kesukarelaan dan meningkatkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyakarat.

Ujar beliau, program itu juga bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan jalan raya dan ceramah disampaikan oleh Penolong Pengarah Pengurusan JPJ KL, Wan Mohd. Sharifuddin Wan Hassan.

“Antara yang diketengahkan dalam ceramah ini adalah langkah dilakukan JPJ bagi mengendalikan persepsi dan tohmahan masyarakat.

“Selain itu, kita juga fokus beberapa inisiatif mendekati masyarakat melalui pengenalan fungsi serta peranan jabatan,” katanya di sini semalam. - UTUSAN ONLINE