Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jom main golf, jaga kesihatan

Nikmati kesegaran udara di Kota Seriemas Golf & Country Club

WALAUPUN baru dibuka, KSGCC meninggalkan memori manis buat pemain 2
WALAUPUN baru dibuka, KSGCC meninggalkan memori manis buat pemain yang sukakan cabaran di lapangan golf di Nilai, Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR 19 Feb. - SEORANG pakar kesihatan dan sains sukan di Denver, Amerika Syarikat, Neil Wolkodoff dalam kajiannya me­ngenai golf merumuskan bahawa sukan ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung, kencing manis dan barah.

Malah bermain golf terutama berjalan kaki melebihi 12 kilo­meter (menyamai 36 lubang) setiap minggu membakar sekitar 2,900 kalori seminggu.

Tentunya kaki golf tidak memerlukan kajian sedemikian kerana kekerapan ke padang atau ke lapang sasar sememangnya aktiviti menyihatkan.

Tetapi sudah tentu bila ada kajian seperti ini ia lebih baik. Ia bukti kukuh apabila berdebat dengan golongan yang anti kepada sukan ini dan mendakwa golf tidak menyihatkan malah mengaitkan dengan rasuah atau perkara tidak senonoh lain.

Sebab itu kaki golf sejati selalu berjalan kaki ketika bermain golf. Ada yang berpendapat pemain akan melihat dan berfikir de­ngan lebih terperinci cabaran yang harus dihadapi dan menimbang pilihan untuk pukulan seterusnya.

Namun menggunakan buggy juga sebenarnya pemain akan turut berjalan pada jarak yang sama kerana kebanyakan lapa­ngan tidak membenarkan kenderaan itu masuk ke lapangan (fairway).

Maka pemain terpaksa berjalan ke arah bola dan kadangkala terpaksa memanjat dan menuruni cerun, itu belum termasuk terpaksa mencari bola yang hilang atau cabaran-cabaran lain.

Paling baik jika bermain golf di kelab-kelab yang jauh dari bandar kerana kesegaran udara yang dihirup mampu menjana kesihatan organ-organ dalaman badan.

Terdapat banyak kelab-kelab yang berada jauh dari hiruk-pikuk kenderaan dan pencemaran udara antaranya ialah Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Dibuka pada Oktober lalu dan direka bentuk dengan lapangan yang menarik oleh arkitek ter­kenal, Nigel B. Douglas, hamparan rumput ‘bermuda’ di lapangan 12 lubang direka dengan tema alam hutan semula jadi.

Lebih 40 jenis bunga dan pokok pelbagai spesies menyerlahkan lagi keceriaan dan keselesaan kepada mereka yang beraksi di KSGCC.

Walaupun baharu beberapa bulan dibuka, nama KSGCC menjadi bualan dalam kalangan pemain-pemain golf amatur mahupun profesional di negara ini.

Rata-rata mereka menzahirkan rasa puas hati bukan sahaja dengan keada­an lapangan dan green yang menarik, tetapi juga persekitaran alam semula jadi yang menyihatkan badan.

Dengan lapangan permukaan serta green yang sedikit beralun, sudah pasti memberi cabaran kepada setiap mereka yang beraksi di sini.

Bersandarkan sambutan baik daripada mereka yang pernah ber­aksi di sini, tidak mustahil harapan dan impian KSGCC untuk menjadikan kelab golf ini sebagai destinasi utama kaki-kaki golf dalam dan luar negara suatu hari nanti akan termakbul.

KEMUDAHAN

Selepas menghabiskan 18 lubang, pemain-pemain boleh menghilangkan rasa dahaga atau lapar di ‘golfer’s terrace’ dengan hidang­an pelbagai menu menarik pada harga yang berpatutan. Rekabentuk bangunan kelab dengan ciri klasik Inggeris menyerlahkan lagi pengalaman golf di KSGCC.

Selain itu, pihak KSGCC juga turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti surau, ruang menunggu, bilik persalinan dan dewan makan yang berhawa di­ngin untuk memberi keselesaan kepada para pemain. Bahkan KSGCC juga turut memberi tawaran harga yang menarik kepada mana-mana syarikat kerajaan ataupun swasta yang mahu mengadakan seminar di dewan KSGCC.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain