Anak kelahiran Sarawak ini mengakui minatnya membaiki kasut sejak remaja itu kini menjadi sumber pendapatan sampingannya sejak berhijrah ke ibu kota.

Menganggap kerja tersebut sebagai satu seni, dia tidak pernah kesal memilih pekerjaan itu walaupun dipandang rendah sesetengah orang.

Menerima upah serendah RM20, dia tetap menganggap pekerjaan yang dilakukan itu mulia dan akan meneruskan selagi masih mempunyai kudrat.

Selain bekerja sebagai tukang kasut, dia turut berniaga buah-buahan di pasar malam jika ada masa terluang bagi menyara keluarga.- UTUSAN ONLINE